- Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout adalah sebuah sekolah luar bandar yang terletak di perkampungan Gugusan Felda Gunung Besout Satu. Ia terletak kira-kira 37km dari pekan Sungkai dalam daerah Batang Padang, selatan Negeri Perak. Pekan Slim River terletak kira-kira 35km dari sekolah ini. Sementara Pejabat Pendidikan Daerah terletak di Tapah.
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada tiga kelas tingkatan satu dan tiga kelas tingkatan dua.
- Pada 16 Januari 1984 pelajar-pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada dua blok iaitu lima buah bilik darjah, dua buah makmal bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
- Bilangan guru pada masa itu, hanya sembilan orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupa Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melaporkan diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
- Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (tahun 2000). Sepuluh orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
- Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
- En. Shafie b. Mohd Ariffin : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
- Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
- En. Abu Massaut b. Shafiee : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
- Tn. Haji Ibrahim b. Jamil : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
- Tn. Haji Hamzah b. Yusof : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
- En. Abdul Mutalib b. Abdul Hamid : - 30.3.1998
- En. Mohd Saaid b. Sulaiman : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
- Tn. Haji Ibrahim b. Ahmad : 12 Disember 1998 - sekarang
- Pada tahun Februari 1994 tiga blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan makmal sains tulen siap dan mula diduduki.
- Kemudian, pada tahun 1999, satu blok bangunan tiga tingkat yang dilengkapi kemudahan Bilik Kemahiran Hidup siap dan mula diduduki.
- Setelah 16 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajarnya. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

No comments:
Post a Comment