udin

sekolah ku kebanggan ku


Tuesday, 5 July 2011

sekolah ku kebanggan ku

GOTONG ROYONG DI KLINIK BESOUT TIGA





sekolah ku kebanggan ku

sekolah ku kebanggan ku

SEKOLAH YANG BERJAYA MENINGKATKAN NAMA SEKOLAH DAN DAERAH BATANG PADANG DALAM MSSM PERINGKAT NEGERI PERAK KALI KE-55



Sekalung Tahniah dan Syabas Pasukan Atlit Sekolah kerana mengungguli kebanyakan acara dalam Kejohanan tersebut. Selain berjaya merangkut 8 pingat Emas dari 12 pingat yang berjaya diraih oleh Kontigen Batang Padang, Muhamad Amiruddin b. Mohd Jamil yang mendapat 3 Emas dan 1 Perak telah dianugerahkan sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi Kategori Lelaki 18 Tahun. Dalam acara 400M Lari Berpagar, beliau telah berjaya mencipta rekod baru bagi acara tersebut.

sekolah ku kebanggan ku

MOHD SALIM BIN ISKANDAR

Barisan kepimpinan SMK Felda Besout mengalami perubahan. Penolong Kanan HEM, En. Noor Azmi bin Razali telah berpindah ke SMK Sungkai atas jawatan yang sama dan tempatnya diganti oleh En. Mohd Salim bin Iskandar dari SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor. Selamat menyertai warga SMK Felda Besout, semoga dengan pertukaran ini memberi perubahan dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. Kepada En. Noor Azmi, warga sekolah mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru setelah sekian lama menabur bakti di sini. Jasamu selama 22 tahun di sini akan tetap dikenang.

Monday, 4 July 2011

 INI ADALAH GAMBAR HARI SUKAN TAHUNAN SMK FELDA BESOUT.
PADA:25 JUN 2011.










Tuesday, 28 June 2011

sekolah ku kebanggan ku

 NAMA-NAMA PENGETUA YANG MENCURAHKAN BAKTI DI SMK(F)B
1) PN. HJH UMMI KALSOM
2) EN. MOHD SHAFIE
3) PN. HJH UMMI KALSOM
4) EN. ABU MASSUUT B. HJ. SHAFII
5) TN. HJ HAMZAH B. YUSOF
6) TN. HJ IBRAHIM B. JAMIL
Bekas ketua-ketua pelajar SMK(F)B
1986 _ MOHD. MUJIB B. ABDUL RASHID & SITI SARIPAH BTE UNDAR
1987 _ MOHD. AZLI B. ISA & SITI SARIPAH BTE UNDAR
1988 _ ZURAIMI B. HARUN & SITI SARIPAH BTE UNDAR
1989 _ NOR AZMAN B. NORDIN & NORZILA BTE ABDUL RAHMAN
TOKOH MURID SMK (F) BESOUT
1985 _ NORLIDA BTE IBRAHIM
1986 _ SITI SARIPAH BTE UNDAR
1988 _ SITI SARIPAH BTE UNDAR
1989 _ MOHD KAZIM B HJ ELIAS & NORZILA BTE ABDUL RAHMAN

sekolah ku kebanggan ku

  MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BESTARI SEKOLAH LUAR BANDAR

DI SMK (FELDA) BESOUT

sekolah ku kebanggan ku

pembimbing Rakan Sebaya (PRS)Badge Button PROGRAM BESTnya ke sekolah

sekolah ku kebanggan ku

    Logo SMKFB SEJARAH RINGKAS SMKFB Logo SMKFB

    Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout adalah sebuah sekolah luar bandar yang terletak di perkampungan Gugusan Felda Gunung Besout Satu. Ia terletak kira-kira 37km dari pekan Sungkai dalam daerah Batang Padang, selatan Negeri Perak. Pekan Slim River terletak kira-kira 35km dari sekolah ini. Sementara Pejabat Pendidikan Daerah terletak di Tapah.
    Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada tiga kelas tingkatan satu dan tiga kelas tingkatan dua.
    Pada 16 Januari 1984 pelajar-pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada dua blok iaitu lima buah bilik darjah, dua buah makmal bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
    Bilangan guru pada masa itu, hanya sembilan orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupa Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melaporkan diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
    Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (tahun 2000). Sepuluh orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
    • Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
    • En. Shafie b. Mohd Ariffin : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
    • Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
    • En. Abu Massaut b. Shafiee : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
    • Tn. Haji Ibrahim b. Jamil : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
    • Tn. Haji Hamzah b. Yusof : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
    • En. Abdul Mutalib b. Abdul Hamid : - 30.3.1998
    • En. Mohd Saaid b. Sulaiman : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
    • Tn. Haji Ibrahim b. Ahmad : 12 Disember 1998 - sekarang
    Pada tahun Februari 1994 tiga blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan makmal sains tulen siap dan mula diduduki.
    Kemudian, pada tahun 1999, satu blok bangunan tiga tingkat yang dilengkapi kemudahan Bilik Kemahiran Hidup siap dan mula diduduki.
    Setelah 16 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajarnya. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

sekolah ku kebanggan ku


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout atau nama ringkasnya SMK (Felda) Besout, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Besout 1.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout memiliki 462 pelajar lelaki dan 484 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 946 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.

sekolah ku kebanggan ku

Melonjakkan kecemerlangan SMK Felda Besout, dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin serta meningkatkan imej pengurusan dan pentadbiran menjelang 2015.
SMK Felda Besout bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan melalui:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
3. Pembudayaan & pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran.
4. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
5. Sahsiah dan disiplin yang berasaskan program pembangunan insan.
6. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
7. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

sekolah ku kebanggan ku

Megah kami berdiri
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati
Tabah dan cekal
Kami bersatu
Giat usaha maju
Pada guru dihormati
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata,
Untuk Malaysia jaya
Lagu Sekolah Bestari
Jiwa Dan Minda
Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
(Muzik)La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapanAmal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya

sekolah ku kebanggan ku

* Hijau - Agama Islam dan kesuburan alam semulajadi.
* Merah - Keberanian, kegigihan dan semangat waja.
* Putih - Kesucian dan kebersihan.
* Oren - Warna rasmi Felda.

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik. Ia memaparkan visi Kementerian Pendidikan untuk merekasemula secara sistematik sistem pendidikan dengan mengubah budaya dan amalan sekolah-sekolah di Malaysia, bergerak keluar dari pembelajaran berasaskan ingatan kepada pendidikan yang merangsang pemikiran dan kreativiti, membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta membolehkan ibu bapa dan komuniti mengambil bahagian secara aktif.